Jakarta Greater

Berita Militer dan Alutsista

Najib Tun Razak : Malaysia Harus Kukuh

Pasukan Ikatan Relawan Rakyat Malaysia (Rela)
Najib Tun Razak : Malaysia Harus Kukuh 1

Kerajaan tidak akan berkompromi dalam mempertahankan kedaulatan negara dan perlu membina sistem pertahanan yang mampu membanteras segala bentuk ancaman.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, rakyat perlu sensitif dalam soalan keselamatan supaya kerajaan dapat menangani ancaman dari dalam dan luar negara termasuk pemerdagangan manusia, pelarian dan kumpulan militan dengan lebih berkesan.

“Ancaman boleh datang dari pelbagai sudut termasuk dalam bentuk konvensional dari masa ke semasa.

“Pelbagai bentuk ancaman ini memerlukan kita meningkatkan kesiapsiagaan, bukan sahaja melalui pasukan hadapan tetapi dalam pasukan Ikatan Relawan Rakyat Malaysia (Rela), Pertubuhan Silat dan termasuk rakyat biasa.

“Kita mesti lebih sensitif dalam soal keselamatan dan sekiranya kia-kira 29 juta rakyat Malaysia amat prihatin dalam soal ancaman keselamatan, maka apa yang berdepan dengan negara kita mampu tanganinya bersama,” katanya.

Beliau berkata dalam Majlis Penyampaian Pakaian Seragam Operasi Digital kepada Rela Daerah Pekan, di Taman Tasik Sultan Abu Bakar, 29/11/2015.

Dalam pada itu Najib turut menegaskan bahawa asas keselamatan dan jaminan rakyat dapat hidup dengan aman disebabkan kestabilan politik yang kukuh.

“Sekiranya negara tidak stabil maka negara akan jadi huru hara dan susah untuk menghadapi segala ancaman dengan berkesan.

“Jika gagal nasib kita sama seperti Turnisia, Iran, Syiria, Mali dan termasuk beberapa negara di Eropah,” katanya.

Sementara itu, Najib mahu lebih 3 juta anggota Rela di seluruh negara menjadi benteng kestabilan politik negara.

“Rela boleh dianggap pasukan dan barisan kedua dalam kerajaan yang boleh membantu menjaga kedaulatan, keselamatan dan keamanan ketenteraman awam.

“Mereka bukan sahaja menjadi mata dan telinga kerajaan malah tangan dalam bantuan yang diberikan,” katanya.

Pada program itu, Najib yang juga Ahli Parlimen Pekan turut menyampaikan Pakaian Operasi Digital (POD) dan cek insurans kelompok Rela.

Sinarharian.com.my

Share:

Penulis: