Jakarta Greater

Berita Militer dan Alutsista

TLDM Operasikan Kapal Pengukuran Hidrografi Baru

Kapal MV Aishah Aims 4 (Bernama)
TLDM Operasikan Kapal Pengukuran Hidrografi Baru 1

Pelabuhan Klang – Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) menerima kapal MV Aishah Aims 4 (Aishah Aims 4) yang berkemampuan melaksanakan liputan data pengukuran hidrografi yang luas dan komprehensif.

Panglima TLDM Laksamana Tan Sri Ahmad Kamarulzaman Ahmad Badaruddin mengatakan Aishah Aims 4 diperoleh melalui kontrak sewaan untuk menggantikan dua kapal hidrografi yang ada milik TLDM yaitu KD Mutiara dan KD Perantau yang akan dipensiunkan secara bertahap.

“KD Mutiara yang telah berusia 40 tahun tidak dapat dioptimumkan fungsinya sebagai platform ukur, disebabkan memerlukan biaya operasi yang tinggi. Perbelanjaan untuk operasi KD Mutiara dan KD Perantau melibatkan biaya antara RM25 juta ke RM30 juta setahun.

“Sehubungan itu, TLDM telah mengambil pendekatan di luar kotak dengan mendapatkan Aishah Aims 4 melalui konsep sewaan yang mana biaya operasinya jauh lebih rendah tetapi mampu keluarkan input lebih cepat dan berkesan,” ujarnya selepas menyempurnakan majlis penerimaan kapal itu di Jeti Pusat Hidrografi Nasional (PHN), 15/11/2016.

“TLDM menargetkan keluasan pengukuran sekurang-kurangnya 18,000 km persegi dalam tempo setahun supaya kontrak ini benar-benar berbiaya efektif,” kata Ahmad Kamarulzaman.

Aishah Aims 4 dapat dioperasikan sepenuh masa selama 300 hari setahun berbanding kapal-kapal biasa yang hanya beroperasi selama 100 hari setahun.

Kapal ini dilengkapi dengan sistem pengukuran ‘multibeam’ yang terkini di pasaran dan mampu mendapatkan liputan kedalaman yang luas dalam densiti yang tinggi.

Sistem pengukuran hidrografi akan dikendalikan sepenuhnya oleh 24 pegawai dan anggota TLDM secara giliran, berbanding dengan keanggotaan KD Mutiara yang membutuhkan 120 orang.

Sumber : Sinarharian.com.my

Share:

Penulis: