Uji Penyelaman Statis Kapal Selam Scorpene Malaysia

Kota Kinibalu – Kapal selam Diraja TUNKU ABDUL RAHMAN (KD TAR) telah melaksanakan uji penyelaman statis di perairan Laut China Selatan yang berdekatan dengan Pulau Sepangar. Penyelaman statis ini merupakan kedua kali yang telah dijalankan oleh Markas Angkatan Kapal Selam (MAKS) selepas penyelaman pertama yang berhasil dilaksanakan kapal selam Diraja TUN RAZAK (KD TRZ) pada tahun 2013.

Tujuan (evolusi) penyelaman ini dilakukan untuk menghitung ketepatan berat dan daya apung kapal selam. Tahapan penyelaman ini juga untuk mengetahui keamanan kapal selam dan kemampuan penyelaman secara optimal di bawah permukaan laut.

Evolusi ini turut disertai oleh tenaga pakar dari Direction des Contructions Navales Service (DCNS) dan Boustead DCNS Naval Corporation (BDNC). Selain itu, evolusi ini juga melibatkan aset-aset bantuan dari Markas Wilayah Laut 2 (MWL2) seperti bot tempur CB 90, tim penyelam dan perubatan serta agensi-agensi kerajaan lain seperti Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM), Polis Marin, Jabatan Laut Sabah (JLS) dan Jabatan Pelabuhan & Dermaga Sabah (JPDS).

Uji penyelaman ini dikatakan “berhasil”  dengan berdirinya bola pelampung yang dijadikan sebagai penanda.

TLDM

Leave a Comment