Pesawat Raksasa Antonov An-225 Mriya tiba di Malaysia

Sepang – Malaysia sekali lagi bertuah menjadi satu-satunya negara anggota ASEAN menyambut kedatangan pesawat terbesar di dunia, Antonov An-225 Mriya, Sabtu, 14/5/2016.

Pesawat kargo buatan Ukraine ini mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Sabtu, setelah terbang dari Lapangan Terbang Antarabangsa Rajiv Gandhi di Hyderabad, India untuk mengisi minyak.

KLIA merupakan perhentian terakhir bagi pesawat Antonov An-225 Mriya, untuk mengisi minyak selepas berhenti di Prague, Turkmenbashi (Turkmenistan) dand Hyderabad selepas berlepas dari ‘kampung halamannya’ di Kiev.

Antonov An-225 Mriya

Pesawat gergasi itu terbang melintasi benua Eropa, Asia dan Oseania, dalam perjalanan melaksanakan misi memandangkan generator seberat 130 ton untuk dihantar ke Perth, Australia.

Ketua juru terbang Antonov, Dmytrov kepada Bernama mengatakan, Antonov An-225 Mriya merupakan pesawat terpanjang dan paling berat di dunia yaitu 84 meter panjang dan setinggi 18 meter, yang setara dengan bangunan lima tingkat, dilengkapi sayap sepanjang 88 meter.

Operator lapangan terbang Malaysia Airports Berhad, M. Kathi mengatakan, ini kali kedua pesawat Antonov An-225 Mriya mendarat di KLIA selepas kemunculannya pertama kali pada 2007 di Malasyia.

https://youtu.be/fon7RmV0D3I

“Pada tahun 2007, pesawat ini mendarat di KLIA dan membawa lima helikopter untuk Pameran Udara dan Maritim Antarabangsa Langkawi (LIMA).

“Pesawat itu sepatutnya mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi, namun malangnya apron lapangan terbang di sana tidak dapat menampung panjang sayap pesawat yang terbentang 88 meter,” katanya. –

BERNAMA

Sharing

Tinggalkan komentar